Program Dewan Belia Negeri Perak merupakan suatu program yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Perak dibawah kelolaan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan yang mensasarkan keterlibatan anak muda negeri Perak untuk menyumbang idealisme dan buah fikiran bagi membina dan memakmurkan negeri serta dapat melaksanakan sesuatu yang bermanfaat kepada Masyarakat. Program Dewan Belia Negeri Perak mempunyai sebanyak 61 orang Ahli Dewan Belia Negeri Perak yang akan diwakili oleh 59 orang ahli yang mewakili 59 jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam negeri Perak dan 2 orang ahli Dewan Belia lantikan yang akan mewakili persatuan / komuniti yang ditetapkan. Persidangan Dewan Belia Negeri Perak akan dilaksanakan sebanyak satu (1) sesi setiap tahun dan setiap ahli Dewan Belia Negeri Perak yang dilantik akan mewakili DUN / Persatuan / Komuniti selama dua (2) sesi.
- Melahirkan dan mengasah bakat – Bakat baru kepimpinan negeri sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan - Mempertingkatkan keberkesanan saluran bagi belia menyalurkan input kepada proses membuat keputusan berkaitan permasalahan belia
Penubuhan Dewan Belia juga bertujuan untuk melatih dan mengasah bakat kepimpinan belia Negeri Perak sebagai pelapis kepimpinan pada masa hadapan dan mempertingkatkan keberkesanan membuat keputusan berkaitan permasalahan belia.
Penubuhan Dewan Belia Perak Darul Ridzuan adalah untuk menyediakan platform kepada belia untuk menyuarakan pandangan, berbincang dan menjana idea-idea baru dan cadangan berkaitan pembangunan belia untuk dibawa kepada Kerajaan Negeri sebagai input dalam proses pembuatan polisi.